Friday, May 31, 2013

CERAMAH TERKINI JUN dan JULAI

Ceramah BM UPSR - SJKC Tringkap, Cameron Highlands (6/6), SJKC Bertam Valley dan SJKC Kuala Terla(bergabung dengan SJKC Kg Raja), Cameron Highlands (15/6), Sunway College, Ipoh (16/6), SJK(C) Ming Tee, Tg Karang (22/6), SJKC Yuk Chih (22/6), Program S.P. Setia Foundation di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya (6/7), Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya (13/7)...

Tuesday, March 26, 2013

CERAMAH KAMPUS ASTRO UPSR 2013

Ipoh - 16 Jun, Batu Pahat - 22 Jun, Kulaijaya - 23 Jun dan Petaling Jaya/Subang Jaya - 13 Julai. Lokasi belum diputuskan lagi.

CERAMAH BAHASA MELAYU UPSR 2013

Ceramah BM UPSR - SJKC Yoke Khuan, Sekinchan (2/3), SJK(C) Ijok, Bestari Jaya (gabung dengan SJKC Pui Chi) (16/3), SJKC Khai Tee (16/3), SJKC Chen Moh, PJ (25/3), SJKC Khong Hoe, Klang (26/3), SJKC Chung Wah, Kota Kemuning (13/4), SJKC Sg. Buloh (20/4), SJKC Chung Wah, Sasaran (21/4), SJK(C) Sin Min, Sg Besar (11/5), SJKC Khe Beng (18/5), SJKC Ying Wah, Klang (15/6), SJK(C) Ming Tee, Tg Karang (22/6), SJKC Yuk Chih (22/6), Program S.P. Setia Foundation at Hotel Grand Dorsett, SJaya (7/7)....

Monday, November 19, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

Tahun ini membawa berita gembira untuk warga SJKC Tun Tan Cheng Lock. Keputusan keseluruhan 93.25% dan dinobatkan sebagai SJKC terbaik di negeri Selangor amat menggembirakan. Keputusan Bahasa Melayu meningkat. Berikut keputusan penuh untuk Bahasa Melayu :

Bahasa Melayu (Pemahaman) 98.16%
Bahasa Melayu (Penulisan) 98.77%

Pecahan gred :
BM (Pemahaman)                                BM (Penulisan)
A- 87 orang                                          A - 64
B - 40                                                   B - 84
C - 33                                                   C - 13
D - 1                                                     D - 0
E - 2                                                     E - 2

Jumlah murid - 163 orang
Jumlah murid yang mengambil kertas SK - 28 orang - 100%

Tahniah kepada semua guru Bahasa Melayu yang telah bekerja dengan keras. Sebagai Ketua Panitia, saya amat berbangga dengan usaha yang bersungguh-sungguh yang telah ditunjukkan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Tahniah dan syabas!!
Saya berharap sekolah-sekolah lain yang telah menjemput saya ke siri ceramah mereka di sekitar Selangor, Pulau Pinang dan Perak juga memperoleh keputusan yang cemerlang, termasuklah program Kampus Astro dan S.P. Setia Foundation.

Cemerlang, gemilang dan terbilang.
Jumpa lagi dalam siri ceramah 2013.

Friday, September 28, 2012

TIP SEJARAH PMR 2012


Kajian terperinci telah dijalankan ke atas soalan-soalan Sejarah dari tahun 2002 hingga 2011. Berdasarkan kajian tersebut, disimpulkan tajuk-tajuk penting yang harus diberikan penumpuan pada tahun ini. Nota-nota penting berbentuk pendekatan peta minda (mind-mapping) telah diberikan semasa Kelas Intensif Sejarah yang dijalankan selama 2 bulan yang lalu(Julai-Sept). Tolong rujuk nota-nota tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan penting (para pelajar kelas intensif sahaja).
SEJARAH TING 1
Bab 1 - Sejarah dan Kita - tumpukan pada bahagian sumber sejarah (ms 9), kaedah pengkajian sejarah (ms 10-12) dan kepentingan sejarah (ms 14-17)
Bab 2 - Zaman Prasejarah di M'sia - zaman paleolitik (ms 21-23) dan zaman neolitik
(ms 24-25)
Bab 3 - Kerajaan awal di Asia Tenggara - kerajaan maritim (ms 34-35), kerajaan Srivijaya (ms 38), kerajaan Kedah Tua (ms 39) dan kerajaan Majapahit (ms 41)
Bab 4 - Pengasasan KMM - kegigihan Parameswara (ms 50-51), konsep daulat (ms 52)
Bab 5 - Kegemilangan Melaka - pusat perdagangan (ms 61-68), pusat Islam (ms 72-78), peluasan kuasa (ms 82-85)
Bab 6 - Kemerosotan Melaka - kelemahan (ms 91-92) dan usaha Portugis mendapatkan Mel (ms 95-98)
Bab 7 - Johor Menegakkan...... - Perang Tiga Segi (ms 107)
Bab 8 - Kerajaan NNM - Kelantan (ms 129-130), Terengganu (ms 131-132)
Bab 9 - Warisan Kesultanan Melayu -Undang2 Adat (ms148), Undang2 bertulis (ms 149-150)
Bab 10-Sarawak - agama dan kepercayaan (ms 186), kegiatan ekonomi(ms 187)
Bab 11-Sabah - hubungan dgn Brunei dan Sulu (ms 193), agama dan kepercayaan (ms 196)

SEJARAH TING 2
Bab 1 - masalah di Kedah (ms 5-6), Perj Ing-Bel (ms 19-20), Neg2 Selat (ms 21-22)
Bab 2 - faktor2 campurtangan (ms 29-32), campurtangan di Perak dan Selangor (ms 33-39), tugas residen (ms 44), NNMB (ms 45-46), Durbar (ms 47-48)
Bab 3 - NNMU penampan.....(ms 55-56), Perj. Bangkok (ms 57), Temenggung Abu Bakar (ms 65), pemimpin Johor yang berwibawa (ms 67-68)
Bab 4 - Hub. Pangeran Rj Muda Hashim dgn James Brooke (ms 79), penyerahan Swk kpd James Brooke (ms 80), Pentadbiran Brooke (ms 84), Perlembagaan Swk 100 thn (ms 86),
perubahan sosial - pendidikan (ms 94-95)
Bab 5 - Sykt Overbeck dan Dent/SBUB (ms 102-103), peranan Ketua Anak Negeri (ms 106-107), mahkamah (ms 108), pengangkutan (ms115)
Bab 6 - getah (ms 130 - 133), buruh luar (ms 143), pengangkutan (ms 146), pendidikan (ms 154-158)
Bab 7 - Dol Said, Dato' Maharaja Lela,  Hj Abd Rahman Limbong
Bab 8 - Gerakan Islah (ms 203-204), kesedaran melalui penulisan kreatif (ms 211-212), persatuan2 Melayu, KMM (ms 213-216)

SEJARAH TING 3
Bab 1 - slogan/propaganda (ms 5), cara kemaraan (ms 9), faktor kejayaan (ms 13), dasar
pemerintahan - ekonomi dan sosial (ms 18), kesan pendudukan (ms 29-37)
Bab 2 - Pentadbiran Tentera British (ms 48), tujuan MU (ms 49), faktor penentangan (ms 52), cara penentangan (ms 55-56), UMNO (ms 70), PTM 1948 (ms 74-78)
Bab 3 - darurat (ms 91), Ranc. Briggs (ms 94-97), Perang saraf (ms 98-102)Rundingan Baling (ms 104-107)
Bab 4 - CLC (ms 121-122)laporan-laporan pelajaran (ms 129), Sistem Ahli (ms 131), Parti Perikatan (ms 134-141)
Bab 5 - Rombongan Merdeka/Perj. London (ms 148-152), Suruhanjaya Reid ( ms 154-156),
Pemasyhuran kemerdekaan (ms 166)
Bab 6 - Faktor penyerahan Sarawak kepada British (ms 175), gerakan antipenyerahan (ms 178-185), faktor Sabah diserahkan kepada British (ms 189)
Bab 7 - Matlamat pembentukan Persekutuan M'sia (ms 205), reaksi- S'pura, Indonesia dan Filipina, konfrontasi (ms 220), usaha ke arah pendamaian (ms 221), pemisahan S'pura (ms 226)

TIP BAHASA MELAYU PMR 2012


Tahun ini merupakan tahun pertama format baharu analisis KOMSAS. Sehubungan dengan itu, calon-calon diminta untuk belajar semua genre yang terdapat dalam KOMSAS tingkatan 1-3.  Untuk aspek tatabahasa, calon-calon diharapkan sudah dapat menguasai semua aspek morfologi dan sintaksis.
            Untuk aspek Penulisan, cuba dapatkan sebanyak markah yang boleh untuk Bahagian A-Meringkaskan Karangan. Ingat, soalan 1 berkaitan dengan makna rangkai kata atau frasa yang terdapat dalam petikan, bukannya makna umum. Soalan 2 berkaitan dengan teks. Oleh itu, jawaban boleh diperoleh. Baca dan fahamkan soalan. Soalan 3 pula berkaitan dengan pendapat calon. Jawaban tiada dalam petikan. Oleh itu, calon haruslah banyak membaca dan memahami kehendak soalan untuk mendapatkan markah yang baik.
            Untuk Bahagian B soalan yang diutarakan adalah berdasarkan bahan rangsangan. Fahamkan bahan rangsangan tersebut dan jangan menulis terlalu panjang. Patuh pada arahan iaitu dalam lingkungan 120 patah perkataan. Catat isi-isi penting sebelum menulis. Untuk Bahagian C format yang diutarakan biasanya adalah berkisar pada fakta, pendapat, peribahasa, laporan, ucapan, syarahan, surat, wawancara/perbualan dan catatan. LIMA TEMA UTAMA yang harus diterokai oleh calon ialah – INDIVIDU, SEKOLAH, KELUARGA, MASYARAKAT dan NEGARA.
Antara tajuk penting :
1.       Pengalaman dalam sesuatu aktiviti
2.       Murid cemerlang
3.       Cara belajar/menghadapi peperiksaan/belajar berkumpulan atau individu
4.       Perpustakaan – penting, kurang sambutan, cara atasi
5.       Membaca – penting, kurang sambutan, cara atasi
6.       Bulan bahasa
7.       Bulan kemerdekaan
8.       Patriotisme
9.       Masalah sosial/disiplin
10.   Bergotong-royong
11.   Perpaduan
12.   Satu perayaan/sambutan
13.   Kokurikulum
14.   Permainan Tradisional
15.   Kemalangan jalan raya
16.   Bencana alam – banjir, tanah runtuh
17.   Aduan – pembuangan sampah, pencemaran alam
18.   Surat – alasan tidak hadir/cerita tentang aktiviti
Untuk bahagian D – Tumpukan pada tema, persoalan, nilai, perwatakan dan peristiwa
penting untuk ketiga-tiga buah novel.  Mungkin soalan perbandingan boleh diutarakan.

Tuesday, September 11, 2012

TIP BM dan SEJARAH PMR 2012

Tamat sudah BM UPSR. Tibalah masa untuk cikgu membuat analisis untuk Bahasa Melayu dan Sejarah PMR 2012 pula. Nantikan tip2 hebat yang dijangka akan diterbitkan pada minggu ke-3 atau minggu terakhir bulan September. Terima kasih.